Dimaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan Sistem e-Tanah di Negeri Selangor,
1. Permohonan Permit Mengeluarkan Bahan Batuan bagi Pembaharuan Permit Bulan November 2023 adalah sehingga 9 Oktober 2023;
2. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan proses Permit 4B/4C sehingga 15 Oktober 2023;
3. Permohonan Baru, Pembaharuan Kelulusan Tahunan dan Pembaharuan Permit Bulan Disember akan menggunakan Sistem e-Tanah sepenuhnya bermula 30 Oktober 2023 (Isnin) melalui Portal Awam e-Tanah.
4. Sistem Smart Docket di tapak pengeluaran masih beroperasi seperti biasa.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Sekian.
Sistem Smart Docket merupakan sistem yang membolehkan pemegang permit membuat permohonan dan pembaharuan lesen/permit bahan batuan secara atas talian.
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ADALAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KEHILANGAN ATAU KERUGIAN DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT ATAU DARIPADA KECACATAN ATAU KESILAPAN KANDUNGAN DIDALAM PORTAL INI.
2019 © Hak Cipta Terpelihara, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor